?

Log in

Previous Entry | Next Entry

KBSR dan KSSR

    Apakah beza antara KBSR dan KSSR? Pastinya terdapat perbezaan antara kedua-dua dasar ini.Matlamat KBSR ialah untuk memastikan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan seimbang  sama ada dari segi intelek , rohani, jasmani dan emosi. Selain perkembangan individu KBSR juga menekankan ciri-ciri komunikasi berkesan, kemanusiaan dan persekitaran. KSSR pula menumpukan aspek-aspek seperti komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika,  sains dan teknologi serta ketrampilan diri.
   Jika diteliti terdapat penambahbaikkan pada KSSR iaitu fokus 4M (membaca,menulis,mengira dan menaakul) sementara KBSR hanya 3M (membaca, menulis, mengira). KSSR juga tidak menjurus kepada peperiksaan semata-mata sebaliknya, eviden diambil daripada hasil kerja murid yang dikumpul sepanjang pembelajaran dan akan berterusan hingga ke tahun enam. Akan datang, KBSM akan ditukar kepada KSSM pula bagi sekolah menengah. Para pendidik perlu mengambil langkah yang positif ke arah menambahbaik mutu pendidikan di negara kita yang tercinta ini.


Latest Month

June 2015
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    
Powered by LiveJournal.com
Designed by Lilia Ahner